USAHA PENYEMBUHAN KOMPLEMENTARI UNIVERSAL JARAK JAUH DAN DEKAT 2013 Hubungi Encik Joe

Tips motivasi – bagaimana melawan keraguan

Ragu adalah perasaan sangsi pada kebolehan diri sendiri.
Rasa ragu timbul apabila Anda tidak pasti.
Anda tidak pasti dapat melakukan sesuatu, Anda tidak pasti hasil yang akan keluar dari sesuatu perbuatan, Anda tidak pasti respon orang-orang disekeliling Anda.
Keraguan adalah perasaan normal pada setiap orang.
Ia ada di dalam diri Anda dan diri orang lain.
Keraguan tidak terkawal akan membuat Anda hilang keyakinan diri, takut-takut serta berfikiran yang bukan-bukan. Anda akan jadi takut pada bayang-banyang sendiri.

Bagaimana untuk melawan keraguan?
Jawapannya, bina keberanian.
Beranikan diri! Latihlah diri Anda untuk berani.
Berani yang Anda perlukan bukan berani yang tidak tahu takut, bukan berani tapi kurang bijak tapi berani cara bijak iaitu berani gagal melakukan setelah tahu risiko-risiko yang akan dihadapi nanti. Work smart in hard way!
Beranikan diri dalam banyak aspek. Berani membuat sesuatu yang baru, berani bertanya, berani mengutarakan pendapat, berani mengubah hidup.
Kawal keraguan hari ini, bila sudah mahir Anda akan boleh mengawal kehidupan Anda beberapa tahun akan datang.

No comments: