USAHA PENYEMBUHAN KOMPLEMENTARI UNIVERSAL JARAK JAUH DAN DEKAT 2013 Hubungi Encik Joe

TASAWUF & REIKI

Dari aspek metodologi, perilaku dari teknik-teknik yang disajikan di dalam tasawuf adalah SAMA FUNGSINYA dengan REIKI. Ilmu Reiki dilihat sebagai OLAH SPIRITUAL UNIVERSAL yang tidak mengikatkan dirinya kepada mana-mana FAHAMAN AGAMA, DAKYAH atau TRADISI. Reiki tidak menghadkan filosofnya hanya kepada aliran tertentu semata. Ia menjuruskan TEKNIK AMALANNYA terhadap PENYEMBUHAN ALAMI (UNIVERSAL) serta membebaskan pengamalnya mempraktikkan seni penyembuhan ini dalam apa juga asas fahaman agama, bangsa atau tradisi di mana jua. Reiki membicarakan tentang HIDUP SIHAT melalui PEMBERSIHAN dan PEMURNIAN alam diri yang meliputi aspek jasmani dan roh (minda, emosi dan spiritual). Kendati begitu, biarpun METODOLOGI tampak sama; TERAS SPIRITUALITI yang berplatfomkan AGAMA bakal menjadi TERAS akan EFEK PENYEMBUHAN yang dicari.

Reiki merupakan olah penyembuhan spiritual yang sifatnya universal, bebas fahaman agama tuntutan budaya mahupun tradisi. REIKI BUKANLAH AGAMA!! Lantas ia tidak bertentangan dengan agama mana pun, sebagaimana sains dan teknologi yang tidak terkait dengan agama juga tidak bertentangan dengan agama mana pun. Ilmu pengetahuan juga merupakan pengembangan fakulti kemindaan seseorang atau kumpulan dari sikap rasionaliti manusia, ia juga disebut sebagai IJTIHAD. Reiki atau teknik spiritual lainnya MERUPAKAN HASIL IJTIHAD dari fakulti ruhani manusia. MALAH, LEBIH DARI ITU; Reiki bukan sahaja tidak bertentangan dengan agama TETAPI ia begitu MEMANFAATKAN praktis keberagamaan para praktisinya yang terdiri dari berbagai latar belakang agama.

Dari perspektif Islam, sikap atau praktik Reiki YANG DINIATKAN dan DILAKUKAN ATAS DASAR UNTUK KEBAIKKAN, KEMASHLAHATAN dan KEBENARAN boleh dianggap sebagai IBADAH. Asal tekniknya yang berbasiskan epistemologis (Epistemologi disebut juga dengan filsafah ilmu, merupakan cabang filsafah yang mempelajari dan menentukan ruang lingkup pengetahuan) dan budaya (Zen / sufi – Jepun) HANYA PERLU DI SUNTIKKAN DENGAN LANDASAN TEOLOGIS SYAR’IE / ISLAM (Teologi merupakan taakulan dan perbincangan mengenai Tuhan, ataupun secara meluasnya berkaitan dengan agama, kepercayaan dan kerohanian). NILAI SUFISTIK yakni MORAL & SPIRITUAL ISLAM akan menjadi INTI kepada Reiki yang dipraktiskan. KONSEP PENYERAHAN KEPADA ‘KUDRAT’ ALLAH menjadi inti kepada gerak kerja yang dipacukan. Hal ini ‘tersembunyi’ dalam diri sang pengamalnya bukan ‘kelihatan’ pada kulit luar dalam praktis Reiki nya itu. Malah, ia jauh lebih mulia dari aliran-aliran yang menjaja nama ‘Islam’, menggunakan ‘azimat-azimat’ ayat suci al-Quran atau mantra yang ‘berbunyikan’ ayat al-Quran namun tidak difahami atau jelas maksud serta manfaatnya. ISI atau INTI jauh lebih penting dari LABEL luarnya. Konsep INTI ini adalah ASAS KESUCIAN dalam hidup yang nama lainnya digelar sufi, ‘tao’, ‘zen’ dan sebagainya.



PENYEMBUHAN – TASAWUF & REIKI

Tasawuf tidak sunyi dari berkembang ke SUDUT PENYEMBUHAN, malah dewasa ini RAWATAN TASAWUF ini lebih dikenali sebagai PENYEMBUHAN SUFI (Sufi Healing). Penyembuhan Sufi telah berkembang dalam jangka waktu yang sangat panjang (lama), bahkan amat POPULAR di kalangan masyarakat sebagai suatu solusi alternatif untuk pelbagai isu kesihatan, baik tubuh mahupun psikologi. Sejarah telah menceritakan pelbagai kisah signafikan yang terhasil dari pengamal-pengamal penyembuhan sufi yang terdiri dari mereka yang berteraskan landasan tasawuf. Energi Illahi yang dipinjamkan ALLAH mengalir dari tangan-tangan pengamalnya secara menakjubkan telah berhasil memberi kemujaraban. Biarpun asas BENIH jalan bertasawuf bukanlah untuk menjadi pengamal penyembuhan sufi, namun ternyata ia menjadi IMBUHAN atau BONUS bagi pengshuhadanya. TERAS jalan TASAWUF adalah KONDISI KOMUNIKASI dengan Yang Maha Pencipta, berimplikasi pada kesucian hati, kebersihan fikiran dan kebahagiaan jiwa yang HASILNYA mencipta kesihatan jasmani dan ruhani, kemampuan luar biasa dan peningkatan kecerdasan spiritual. HATTA inilah MAKSUD PENYEMBUHAN yang sebenar.

SPIRITUALITI dan SAINS adalah fenomena universal yang tidak perlu dibahas apa agamanya, namun yang utama adalah apa MANFAAT dari penemuannya bagi kemaslahatan umat manusia keseluruhannya. Manfaat energi REIKI sama nilainya dengan manfaat energi air atau sinar matahari dan sebagainya. HANYA jika MEMAHAMI MAKSUD ‘REIKI’, manfaat-manfaatnya akan mula memberi bekas pada diri. Usahlah kita mencari hubungan Reiki dan Islam dengan mencari ayat-ayat Al-Quran dan nada nubuwwah yang berkaitan Reiki. Itu tak mungkin terjadi hatta cara atau kaedah pengandaian yang salah tempat. Reiki adalah teknologi spiritual yang ditemukan dalam berbagai versi ‘nama’ dan tatacara jauh pasca kenabian. Sebagaimana sains dan teknologi zaman ini membicarakan soal atom, nuklear, H1N1, PSP dan sebagainya. Ia adalah produk ‘ijtihadi’ manusia yang diangkat Yang Maha Pencipta sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia adalah ‘ilham’ dari-Nya untuk hamba-hamba-Nya yang mencari rahsia penyembuhan alami (Illahiyyah).

Yang terpenting adalah persoalan ‘apakah Reiki bertentangan dengan moral ajaran syariat Islam atau tidak’. Tatkala dihalusi seni Reiki ini; ia adalah Teknologi Insani (TI) yang berteraskan OLAH SPIRITUAL UNTUK KESIHATAN demi mencipta INSAN SIHAT, BERKEPERIBADIAN LUHUR dan mampu MEMILIKI KECERDASAN SPIRITUAL TINGGI. Justeru itu, usahlah ditolak Reiki ini semata-mata alasan ianya bukan sunnah atau ada disebut di dalam al-kitab. Berusaha memahami inti dan filosofi Reiki adalah lebih bermoral dari sikap prejudis membuta-tuli atau melihat dari hitam putih kulit luarnya semata.

TATKATA SESEORANG MEMPELAJARI REIKI dia akan mula mengalami PENCERAHAN SPIRITUAL samada disedari atau tidak. Pun begitu pencerahan ILMIAH secara tersusun & ‘interpersonal’ dari guru Reiki yang membimbingnya akan menentukan TAHAP keberlansungan pencerahan itu samada ia terjana deras atau tidak. Ini kerana tanpa ‘hidayatul ayat @ kalam @ kata’ yang dipanjangkan secara ilmiah disertai bimbingan amali yang tepat akan menjadikan seseorang pelajar Reiki itu GAGAL untuk menyedari dan memanfaatkan pencerahan spiritual yang dialaminya. Lalu, ia terlepas peluang tersebut dan menjadi sia-sia.

Pencerahan yang dialami melalui Reiki boleh berlaku kerana ia merupakan metodologi yang merangkumi kaedah ‘takhalli’ (baca: pembersihan) dan ‘tahalli’ (baca: menghiaskan dengan energi kebaikkan @ ‘charging’). Lalu, bolehlah dikatakan melalui Reiki seseorang mampu menggapai Pencerahan Spiritual atau Dimensi Kehidupan Spiritualnya. JIKA IA MAMPU MENYELARASKANNYA PULA DENGAN DIMENSI KEHIDUPAN KEAGAMAAN, PENCERAHAN INI AKAN MENYUNTIK JUTAAN VOLTAN TENAGA UNTUK KERUHANIANNYA.

SUMBER:https://mastershifoo.wordpress.com/2010/02/17/nur-reiki-salam-tasawuf-reiki/

No comments: