USAHA PENYEMBUHAN KOMPLEMENTARI UNIVERSAL JARAK JAUH DAN DEKAT 2013 Hubungi Encik Joe
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL. Show all posts

TASAWUF & REIKI

Dari aspek metodologi, perilaku dari teknik-teknik yang disajikan di dalam tasawuf adalah SAMA FUNGSINYA dengan REIKI. Ilmu Reiki dilihat sebagai OLAH SPIRITUAL UNIVERSAL yang tidak mengikatkan dirinya kepada mana-mana FAHAMAN AGAMA, DAKYAH atau TRADISI. Reiki tidak menghadkan filosofnya hanya kepada aliran tertentu semata. Ia menjuruskan TEKNIK AMALANNYA terhadap PENYEMBUHAN ALAMI (UNIVERSAL) serta membebaskan pengamalnya mempraktikkan seni penyembuhan ini dalam apa juga asas fahaman agama, bangsa atau tradisi di mana jua. Reiki membicarakan tentang HIDUP SIHAT melalui PEMBERSIHAN dan PEMURNIAN alam diri yang meliputi aspek jasmani dan roh (minda, emosi dan spiritual). Kendati begitu, biarpun METODOLOGI tampak sama; TERAS SPIRITUALITI yang berplatfomkan AGAMA bakal menjadi TERAS akan EFEK PENYEMBUHAN yang dicari.

Reiki merupakan olah penyembuhan spiritual yang sifatnya universal, bebas fahaman agama tuntutan budaya mahupun tradisi. REIKI BUKANLAH AGAMA!! Lantas ia tidak bertentangan dengan agama mana pun, sebagaimana sains dan teknologi yang tidak terkait dengan agama juga tidak bertentangan dengan agama mana pun. Ilmu pengetahuan juga merupakan pengembangan fakulti kemindaan seseorang atau kumpulan dari sikap rasionaliti manusia, ia juga disebut sebagai IJTIHAD. Reiki atau teknik spiritual lainnya MERUPAKAN HASIL IJTIHAD dari fakulti ruhani manusia. MALAH, LEBIH DARI ITU; Reiki bukan sahaja tidak bertentangan dengan agama TETAPI ia begitu MEMANFAATKAN praktis keberagamaan para praktisinya yang terdiri dari berbagai latar belakang agama.

Dari perspektif Islam, sikap atau praktik Reiki YANG DINIATKAN dan DILAKUKAN ATAS DASAR UNTUK KEBAIKKAN, KEMASHLAHATAN dan KEBENARAN boleh dianggap sebagai IBADAH. Asal tekniknya yang berbasiskan epistemologis (Epistemologi disebut juga dengan filsafah ilmu, merupakan cabang filsafah yang mempelajari dan menentukan ruang lingkup pengetahuan) dan budaya (Zen / sufi – Jepun) HANYA PERLU DI SUNTIKKAN DENGAN LANDASAN TEOLOGIS SYAR’IE / ISLAM (Teologi merupakan taakulan dan perbincangan mengenai Tuhan, ataupun secara meluasnya berkaitan dengan agama, kepercayaan dan kerohanian). NILAI SUFISTIK yakni MORAL & SPIRITUAL ISLAM akan menjadi INTI kepada Reiki yang dipraktiskan. KONSEP PENYERAHAN KEPADA ‘KUDRAT’ ALLAH menjadi inti kepada gerak kerja yang dipacukan. Hal ini ‘tersembunyi’ dalam diri sang pengamalnya bukan ‘kelihatan’ pada kulit luar dalam praktis Reiki nya itu. Malah, ia jauh lebih mulia dari aliran-aliran yang menjaja nama ‘Islam’, menggunakan ‘azimat-azimat’ ayat suci al-Quran atau mantra yang ‘berbunyikan’ ayat al-Quran namun tidak difahami atau jelas maksud serta manfaatnya. ISI atau INTI jauh lebih penting dari LABEL luarnya. Konsep INTI ini adalah ASAS KESUCIAN dalam hidup yang nama lainnya digelar sufi, ‘tao’, ‘zen’ dan sebagainya.

Penyakit Uji Keimanan Dan Kesabaran Manusia

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit. Setiap penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Riwayat Abu Sunnah)


Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

(Riwayat Abu Daud)


Huraian
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

SUMBER:http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=521